Iklan Jawatan Kosong Dan Peluang Pekerjaan Di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara malaysia [ keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan] yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
Jawatan :
1.Editor Pengasuh, S41
2.Penolong Juruaudit, W27
3.Penolong Pegawai Tadbir, N27
4.Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, F29
5.Penolong Pegawai Penerbitan, S27
6.Juruteknik Komputer, FT17
7.Juruteknik Landskap, J17
8.Pembantu Tadbir (P/O), N17
Cara Memohon :
i) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (MUI)Kn, 1/93 dengan mengemukakan sampul surat berukuran 10sm x 23 sm yang beralamat sendiri serta berstem 60 sen atau mengambil sendiri di Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan,Tingkat 1, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
ii) Permohonan dari pegawai sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan berserta Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2010 / terkini dan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.
iii) Salinan sah sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat berkaitan bersama gambar berukuran passport dan sampul berstem yang beralamat sendiri hendaklah dikembarkan bersama borang permohonan.
iv) Permohonan yang tidak mengikut peraturan dan lewat diterima tidak akan dilayan.
Alamat Permohonan :
Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:
YABhg. Dato’ Timbalan Yang DiPertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Balai Islam, Lundang,
15200 KOTA BHARU.
Tarikh tutup permohonan : 31 Januari 2011
Iklan Jawatan Kosong,Syarat Lantikan Jawatan,Cara-Cara Memohon Dan Borang Permohonan Boleh Merujuk Kepada Iklan Lengkap Jawatan Kosong Di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan :- KLIK DISINI
Galeri Kerjaya : Pelbagai Maklumat Dan Rujukan Kerjaya Iklan Jawatan Kosong Dan Peluang Pekerjaan Di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Panduan Kerjaya,Tip Dan Rahsia Memperolehi Kerjaya Idaman,Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan,Teknik Menjawab Soalan Temuduga,Panduan Lengkap Mendapatkan Pekerjaan Dengan Lebih Mudah,Rahsia Kuasai Bahasa Inggeris