Iklan Jawatan Kosong Dan Peluang Pekerjaan Di Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia mempelawa Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 54 tahun semasa iklan ditutup serta berkelayakan dan bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan-jawatan tersebut .Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 Januari 2011 (Ahad). Berikut merupakan borang dan juga syarat-syarat permohonan :
a) Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang LKPK 1. Borang permohonan boleh diperolehi dengan memuat turun daripada laman web www.kada.gov.my.
b) Borang yang lengkap diisi hendaklah disertakan bersama-sama dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil kelahiran, Sijil-sijil Persekolahan, Sijil Berhenti Sekolah, Sijil-sijil lain berkaitan yang telah disahkan sebelum atau pada 16 Januari 2011(Ahad). Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan
c) Semua permohonan hendaklah ditulis jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat permohonan dan hendaklah dihantar ke alamat:-
Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu
Peti Surat 127
Jalan Dato Lundang
15710 Kota Bharu, Kelantan
(U/P: Pengarah Bahagian Pengurusan)
d) Permohonan yang berikut akan ditolak:-
i) Tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan
ii) Tidak lengkap dan tidak jelas
iii) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan
iv) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan/Pengarah Bahagian/Ketua Unit bagi pegawai yang sedang berkhidmat
v) Tidak ditandatangani.
Iklan Jawatan Kosong,Syarat Lantikan Jawatan,Cara-Cara Memohon Dan Borang Permohonan Boleh Merujuk Kepada Iklan Lengkap Jawatan Kosong Di Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu:- KLIK DISINI
No comments:
Post a Comment